Guru sk

Guru sk
____________________________________________________________________________

Sejarah


Sejarah Sekolah

Sekolah Rendah Kebangsaan St. Anthony, Teluk Intan telah diasaskan oleh Rev. Father Bonnamy pada tahun 1932 dengan murid seramai 11 orang iaitu menumpang di bangunan Sekolah Tamil St. Viannemy yang didirikan dalam kawasan Gereja St. Anthony sebahagian daripada bangunan Sekolah Assumption yang ada pada masa ini. Pada tahun 1935, muridnya bertambah menjadi 35 orang dan pada tahun 1936 kepada 52 orang.

Semasa Rev. Father Edmond mengambil alih tugas daripada Rev. Father Bonnamy, beberapa buah bilik darjah lagi ditambah. Bilik-bilik tersebut ialah di tingkat bawah “Rumah Parochial” yang sekarang ini ialah Sekolah Assumption.

Oleh kerana pihak pengasas mengalami beberapa masalah bilik darjah, sebuah bangunan dengan 6 buah bilik darjah telah didirikan di seberang jalan di hadapan Gereja St. Anthony dengan wang derma dari orang ramai. Bangunan ini siap dalam tahun 1941 dan dirasmikan pada 27.1.1941 oleh Pegawai Inggeris Negeri Perak ( British Resident of Perak ) Encik Marcus rex,C.M.G. Pada masa itu Sekolah St. Anthony boleh menampung 207 orang murid dari darjah rendah hingga ke menengah dengan 8 orang guru. Ini bermakna Sekolah St. Anthony ini adalah Sekolah Rendah dan Menengah dan ditadbir oleh seorang Pengarah ( Director ).

Bangunan Sekolah St. Anthony telah rosak akibat Perang Dunia Ke-2 semasa Jepun menyerang Malaya. Pada tahun 1945 pihak Pemerintah Tentera British ( British Military Administration ) telah membaiki semula bangunan tersebut. Selepas perang iaitu pada 13.1.1949 pihak “Brother” mengambil alih tadbir Sekolah St. Anthony dan Rev. Brother Finan Owen menjadi Pengarah pertamanya dan pada masa beliau 4 buah bilik darjah lagi telah ditambah untuk menampung seramai 352 orang murid.

Pengarah kedua Sekolah St. Anthony ialah Rev. Brother Mathias Patrick dan 4 buah bilik darjah telah ditambah lagi. Dalam tahun 1953, semasa Rev. Brother Henry menjadi Pengarah, beberapa buah bilik darjah telah ditambah lagi menjadikan semuanya 22 buah.

Dari tahun 1955 – 1961, Rev. Brother Denis pula menjadi Pengarah Sekolah St. Anthony dan beliau telah mendapatkan sebidang tanah di seberang jalan kiri Sekolah St. Anthony, iaitu seluas 2 ekar dan dijadikan padang sekolah. Padang ini dirasmikan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak pada 29.6.1958.

Mulai pada bulan Januari 1958 pentadbiran bahagian Sekolah Rendah telah diasingkan dari Sekolah Menengah St. Anthony dan pada tahun 1958 juga Rev. Brother Edward yang menjadi Penyelia Sekolah St. Anthony ( Rendah ) telah bertukar dan diganti oleh Encik Austin Ambrose sebagai Guru Besar. Rev. Brother Denis diganti pula oleh Encik Rev. Brother Alban pada tahun 1962 dan dalam tahun ini juga sebidang tanah seluas 3 ekar di Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan telah dibeli untuk mendirikan bangunan Sekolah Rendah St. Anthony. Batu asas bangunan tersebut telah diletakan oleh Very Rev. Brother T.Michael FSC, Asistant Superior General For Asia pada 28hb Julai 1966.

Peringkat pertama bangunan Sekolah Rendah St. Anthony ini siap pada penghujung tahun 1966 dengan 9 buah bilik darjah dan sebuah tandas. Peringkat kedua iaitu 4 buah bilik darjah lagi siap pada bulah Januari, 1969 dan peringkat ketiga dengan 4 buah bilik darjah lagi siap dibina pada awal tahun 1970. Jumlah harga mendirikan bangunan ini ialah $80,000.00.

Dr. Poh JP, MP, yang ketika itu Menteri Kesihatan dan juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengurus SRJK (I) St. Anthony, Rev. Brother Damaian, Pengarah SMJK St. Anthony, Encik Austin Ambrose, Guru Besar SRJK (I) St. Anthony, guru-guru serta murid-murid dan ibu bapa adalah bertanggungjawab dalam binaan baru SRJK (I) St. Anthony yang ada sekarang disamping bantuan dari kerajaan RM 57,000.00 dan derma Shaw Foundation RM 5,000.00. Semasa Encik Austin Ambrose menjadi Guru Besar (1958 – 1972) 13 buah bilik darjah digunakan untuk 25 kelas pagi dan petang. Bilik darjah yang 4 lagi digunakan sebagai pejabat, bilik guru, bilik lukisan dan pekerjaan tangan dan kelas ugama.

Pada tahun 1968 sebuah Cawangan SRJK (I) St. Anthony telah dibina di Langkap oleh Rev. Father Mathias Ki – The Parish Priest of St. Anthony’ Church, Teluk Intan. Bangunan ini mengandungi 6 bilik dajah dan sebuah tandas. Sekarang ini jumlah murid di Langkap ialah 157 orang. Pentadbiran Sekolah Cawangan ini adalah di bawak SRK St. Anthony. Teluk Intan.

Encik Ng. Beng Chuan menjadi Guru Besar SRK St. Anthony dari tahun 1972 – 1979 dan beliau telah menjadikan sebuah bilik darjah yang ada kepada Perpustakaan yang lengkap semasa beliau juga, sebuah gelanggang bola tampar telah dibina dengan RM 2800.00 yang mana RM 800.00 adalah derma dari guru-guru sekolah ini.

Murid-murid sekolah ini adalah maju dalam pelajaran dan pada tahun 1978 seramai 9 orang murid telah mendapat 5A dalam peperiksaan Penilaian Darjah 5. Dalam sukan dan permainan sekolah ini telah dua kali menjadi Johan Hoki Negeri Perak iaitu pada tahun 1977 – 1978 dan dua kali menjadi Naib Johan Bola Sepak Negeri Perak iaitu pada tahun 1976 dan 1977 bagi bawah umur 12 tahun anjuran MSSPK.

Pada 16.4.1979 Guru Besar En. Ng. Beng Chan telah bersara dan tempat beliau diambil oleh En. Au Kah Loke, jumlah guru pada masa itu 36 orang dengan keramaian murid 1250 orang terdiri dua sesi.

Setelah hampir 6 tahun En. Au Kah Loke berkhidmat di sekolah ini jawatan Guru Besar di pangku oleh En. Yunos b. Tajuddin mulai dari 13.8.1987 hingga 15.11.1987.

Pada tahun 16.11.1987 – En. Hor Kam Seng dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini sehingga 15.6.1992.

Dengan keramaian guru seramai 55 orang, 8 kakitangan termasuk Sekolah Cawangan Langkap.

En. Ahmad Nadzri b. Hj. Saidin telah diarah bertugas di sekolah ini sebagai Guru Besar mulai dari 16.6.1992 – 29.2.2000 dengan keramaian guru 47 orang dan 7 kakitangan bukan guru termasuk Sekolah Cawangan Langkap.

En. Baharuddin b. Abu Bakar telah diarah bertugas di sekolah ini sebagai Guru Besar mulai dari 1.3.2000 – 15.12.2003.

Pada awal tahun 2004 tempat beliau telah diambil oleh En. Abd. Rahim b. Ayub yang di kuatkuasakan dari 16.12.2003 – 2007.

            Bermula tahun 2008, Sk. St. Anthony Cawangan Langkap telah menerima seorang lagi guru besar baru yang bernama En. Azni b. Daud.

            Pada 2009, Cikgu Mohammad Nordin bin Mohammad Amin bertugas sebagai guru besar bagi menggantikan guru besar terdahulu dan masih bertugas sehingga sekarang.